• Image 02
  • Pembelajaran Sepanjang Hayat

Permohonan Online ePSH

Demo Image

eBorang

Kursus Pendek - Reskilling
MOHON!

Kolej Komuniti Jelebu

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 November 1999 yang membincangkan Belanjawan 2000 telah memutuskan supaya Kementerian Pendidikan membuat kajian mengenai model dan konsep komuniti yang sesuai untuk diwujudkan di setiap kawasan Parlimen di seluruh negara.

Asas pertimbangan penubuhan Kolej Komuniti adalah untuk menyediakan peluang alternatif kepada lepasan menengah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kolej Komuniti juga akan membuka peluang kepada pekerja dan komuniti setempat untuk mendapat pendidikan dan latihan kemahiran yang lebih terancang.

Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000 telah mempertimbangkan memorandum daripada Menteri Pendidikan No.398/2225/00 tentang konsep penubuhan dan perlaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti bertujuan memberi peluang pendidikan dan latihan khusus kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta taraf sosio ekonomi melalui program pendidikan sepanjang hayat yang fleksibel dan mudah akses.

Kolej Komuniti juga memainkan peranan dalam memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir demi merealisasikan matlamat Wawasan 2020.

Kolej Komuniti Jelebu mula beroperasi pada  1 Mac 2003 di Sekolah Menengah Teknik Kuala Klawang. Pada Mei 2004, Kolej Komuniti Jelebu telah beroperasi di bawah pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Kolej ini mula beroperasi di bangunan tetap pada 1 Disember 2004 iaitu di alamat Jalan Seperi, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Terdapat empat kursus Sijil, satu kursus Modular dan satu kursus Kemahiran Khas yang ditawarkan oleh Kolej Komuniiti Jelebu. Selain itu, Kolej Komuniti Jelebu juga turut dilengkapi dengan asrama dan pelbagai kemudahan.

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel : 066138381 / 01110806415 (WhatsApp)
  • No Faks : 066138745
  • Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat : Kolej Komuniti Jelebu, Jalan Seperi, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan